Jumaat, 16 Oktober 2015

SELAMAT TINGGAL "MATA PANDA" 5 tip mudah untuk mengatasi lingkaran hitam bawah mata

Anda sering kali berkeluh kesah di depan cermin apabila melihat lingkaran hitam bawah mata sebaik sahaja bangkit daripada tidur.Malahan rutin bangun pagi seolah-olah menjadi mimpi ngeri, sekali gus menghilangkan keyakinan anda untuk melangkah keluar bagi melakukan aktiviti seharian anda.

Masalah itu turut dikaitkan dengan masalah kurang tidur selain ketagihan minuman berkafien seperti kopi dan beralkohol antara faktor utama perangsang kepada lingkaran bawah mata.

Amaran keras kepada mereka yang mengamalkan diet tidak seimbang tanpa pengambilan vitamin tertentu kerana ia turut menjadi punca masalah "mata panda".

Mulai sekarang anda semua perlu merancang semula pengambilan pola pemakanan dengan memperbanyakkan  vitamin E dan C untuk kebaikkan kulit.

Disini me ingin kongsikan tip-tip rutin penjagaan untuk mengatasi masalah lingkaran hitam bawah mata.Dengan hanya membuka peti sejuk rumah anda dan melilau di dapur rumah, anda mampu melakukannya... :)     SELAMAT MENCUBA......


1.Uncang teh :
Mungkin agak pelik untuk dilakukan namun percaya kesannya tidak menghampakan kerana uncang ten boleh dijadikan penyejuk mata.
Langkah mudah,cuci bersih uncang teh yang telah digunakan kemudian simpan di dalam peti sejuk selama beberapa minit.Selepas itu,aplikasikan pada mata antara 15 hingga 30 minit pada waktu pagi bagi merasai kesegaran dan menghilangkan lingkaran hitam bawah mata..Perlu diingatkan,pastikan cuci terlebih dahulu uncang teh yang telah digunakan bagi mengelakkan mata anda dihurung semut.


2.Hirisan kentang :
Kentang mengandungi nutrisi seperti vitamin A, B, C, kalsium, fostor, potasium, zat besi, serat, dan protien yang baik untuk kecantikkan.
Kaedahnya amat mudah, hiris kentang menjadi beberapa kepingan yang nipis dan lekapkan pada bahagian mata selama setengah jam.Ekstrak timun dan tomato turut berkesan dalam menangani masalah ini.



3.Topeng muka (pupur) :
Campurkan kuning telur dengan perahan ekstrak lemon dan madu.
Kesemua bahan tersebut didinginkan sebelum diratakan pada seluruh wajah anda untuk dijadikan pupur, lebihkan sedikit di sekitar bawah mata.Lakukan sekali sehari dan aplikasikan pada sebelah malam, cuci dengan bersih pada keesokkan harinya.Anda akan nampak hasil yang mengagumkan dalam tempoh seminggu.





4.Lemon dan air suam :
Selain menjadi minuman penyegar ketika matahari terik, lemon juga mampu menjadi solusi kepada lingkaran hitam bawah mata.
Campurkan perahan air lemon dengan air suam dan sapukan ke bawah mata dua kali sehari bagi kesan yang cepat.




5.Minyak almond :
Minyak almond merupakan salah satu cara menghilangkan lingkaran bawah mata selain melembutkan kulit wajah, bebas minyak, dan mengurangkan masalah pori tersumbat.
Cara ringkas, urutkan sedikit minyak pada bawah mata secara perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri.Biarkan selama 10-15 minit, kemudian lap menggunakan tisu basah sebelum basuh bersih menggunakan air.










#happysharing
MJJM

Khamis, 15 Oktober 2015

DURIAN BELANDA BANTU CEGAH KANSER

Siapa sangka selain daripada kebergantungan dengan pelbagai jenis ubat-ubatan yang ada sekarang ini,kehidupan seharian kita dikelilingi dengan pelbagai jenis tumbuhan yang boleh dimanfaatkan sebagai alternatif perubatan tradisional dan boleh dikembangakan lagi dalam dunia perubatan moden masa kini.

Buah durian belanda berpontesi untuk menjadi penawar alternatif penyakit barah atau sebagai pencegahan awal penyakit kanser.Bahan dalam durian belanda mempunyai 'antitumor' yang paling bermanfaat kerana mempunyai agen 'sitotoksi' iaitu sejenis bahan kimia yang boleh menghalang dan memusnahkan sel-sel kanser.

Pensyarah Kanan dlam bidang Pomologi dari Jabatan Sains Tanaman,Fakulti Pertanian,Universiti Putra Malaysia,DR Siti Zaharah Sakimin berkata,hasil daripada laporan penyelidikan saintis antarabangsa membuktikan bahan aktif yang terkandung dalam buah itu turut mampu 'memperlambatkan' aktiviti sel kanser.

"Berdasarkan kajian yang dijalankan,ekstrak buah bertindak balas secara selektif dengan sel dalam tubuh badan kita.Bertindak secara selektif bermaksud ekstrak hanya memburu dan membunuh sel-sel negatif."Dr.Siti Zaharah Sakimin.

Tambahnya lagi,ekstrak tersebut tidak akan membunuh sel-sel sihat dalam tubuh badan malahan bahan tersebut mempunyai daya kerja 10,000 kali lebih kuat berbanding rawatan kemoterapi.

Menurutnya lagi,durian belanda yang menjalankan aktiviti metabolit sekunder tanaman mengandungi bahan fitokimia yng mampu berfungsi sebagai antibakteria dan juga berupaya menjalankan aktiviti 'farmakologi' yang tidak diketahui.

Selain buahnya yang baik digunakan untuk merawat kanser,kulit,daun,akar dan biji durian belanda turut menpunyai khasiatnya yang tersendiri.Daun durian belanda contohnya boleh direneh dan dijadikan serbuk teh seterusnya diminum.Ianya dipercayai boleh merawat skit kerongkong,mengubati kencing manis dan memudahkan proses bersalin.

MJJM