Anda sering kali berkeluh kesah di depan cermin apabila melihat lingkaran hitam bawah mata sebaik sahaja bangkit daripada tidur.Malahan rutin bangun pagi seolah-olah menjadi mimpi ngeri, sekali gus menghilangkan keyakinan anda untuk melangkah keluar bagi melakukan aktiviti seharian anda.
Masalah itu turut dikaitkan dengan masalah kurang tidur selain ketagihan minuman berkafien seperti kopi dan beralkohol antara faktor utama perangsang kepada lingkaran bawah mata.
Amaran keras kepada mereka yang mengamalkan diet tidak seimbang tanpa pengambilan vitamin tertentu kerana ia turut menjadi punca masalah "mata panda".
Mulai sekarang anda semua perlu merancang semula pengambilan pola pemakanan dengan memperbanyakkan vitamin E dan C untuk kebaikkan kulit.
Disini me ingin kongsikan tip-tip rutin penjagaan untuk mengatasi masalah lingkaran hitam bawah mata.Dengan hanya membuka peti sejuk rumah anda dan melilau di dapur rumah, anda mampu melakukannya... :) SELAMAT MENCUBA......
1.Uncang teh :
Mungkin agak pelik untuk dilakukan namun percaya kesannya tidak menghampakan kerana uncang ten boleh dijadikan penyejuk mata.
Langkah mudah,cuci bersih uncang teh yang telah digunakan kemudian simpan di dalam peti sejuk selama beberapa minit.Selepas itu,aplikasikan pada mata antara 15 hingga 30 minit pada waktu pagi bagi merasai kesegaran dan menghilangkan lingkaran hitam bawah mata..Perlu diingatkan,pastikan cuci terlebih dahulu uncang teh yang telah digunakan bagi mengelakkan mata anda dihurung semut.
2.Hirisan kentang :
Kentang mengandungi nutrisi seperti vitamin A, B, C, kalsium, fostor, potasium, zat besi, serat, dan protien yang baik untuk kecantikkan.
Kaedahnya amat mudah, hiris kentang menjadi beberapa kepingan yang nipis dan lekapkan pada bahagian mata selama setengah jam.Ekstrak timun dan tomato turut berkesan dalam menangani masalah ini.
3.Topeng muka (pupur) :
Campurkan kuning telur dengan perahan ekstrak lemon dan madu.
Kesemua bahan tersebut didinginkan sebelum diratakan pada seluruh wajah anda untuk dijadikan pupur, lebihkan sedikit di sekitar bawah mata.Lakukan sekali sehari dan aplikasikan pada sebelah malam, cuci dengan bersih pada keesokkan harinya.Anda akan nampak hasil yang mengagumkan dalam tempoh seminggu.
4.Lemon dan air suam :
Selain menjadi minuman penyegar ketika matahari terik, lemon juga mampu menjadi solusi kepada lingkaran hitam bawah mata.
Campurkan perahan air lemon dengan air suam dan sapukan ke bawah mata dua kali sehari bagi kesan yang cepat.
5.Minyak almond :
Minyak almond merupakan salah satu cara menghilangkan lingkaran bawah mata selain melembutkan kulit wajah, bebas minyak, dan mengurangkan masalah pori tersumbat.
Cara ringkas, urutkan sedikit minyak pada bawah mata secara perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri.Biarkan selama 10-15 minit, kemudian lap menggunakan tisu basah sebelum basuh bersih menggunakan air.
#happysharing
MJJM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan