Selasa, 28 April 2015

KEBUN KECILKU : POKOK MULBERI

Hujung minggu lepas g rumah abang..masa nak balik tu kakak ipar bagi keratan batang mulberi...kakak ipar pun dah masak sangat dengan hobi adik ipar dia ni....hihihihi....tq my kakak ipar...dah lama dah cari benih mulberi ni...
Anak2 me merupakan pengemar tegar buah ni.Asal balik kampung 'inik',mesti  diaorang berkerumun tepi pokok mulberi ni...yang hijau pun diaorang ratah mcm tu je...lagipun 'inik' diaorang sentiasa cantas dahan pokok,mana tak merimbun je buahnya...mungkin disebabkan rasa buah mulberi ni masam manis kot..tu yang buat ank2 gemar sangat.bubuh je susu pekat dan milo kat buah tu..
Pokok mulberi ni senang tumbuh dan senang berbuah..tapi nak kena selalu cantas dahan.
Untuk pengetahuan semua,pokok mulberi mempunyai 1001 kegunaan dan khasiat dari daun sampai la ke akar..sangat bermanfaat dalam perubatan tradisional.

Diantaranya:
Pucuk muda》》》boleh dijadikan ulam.
Daun yang tua》》》dikeringkan untuk dijadikan teh.amalan pengambilan teh mulberi mampu menurunkan tekanan darah tinggi serta sakit-sakit otot.
Ranting》》》boleh direbus untuk melegakan deman panas
Kulit batang pokok》》》air rebusan dikatakan boleh merawat sistem pernafasan,asma,batuk,busung,tekanan darah tinggi,kebas kaki dan tangan serta mampu mencegah selesema.
Kulit akar》》》mengandungi beta-amirin,minyak meruap,resinotanol dan sitosterol.
Akar》》》dengan mengamalkan meminum air rebusan boleh melawaskan pembuangan air kecil dan radang
Buah》》》boleh dimakan segar,membuat jus.buah mulberi memberi khasiat kepada yin dan darah,memberi kebaikkan kepada buah pinggang,merawat masalah lemah,keletihan,anemia dan masalah rambut..

Sambung balik cerita keratan batang mulberi yang kakak ipar bagi hari tu..balik dari rumah abang,me terus letak je keratan batang mulberi tu kat bilik air...sebab tengok agak kering sikit...me biarkan kat bilik air dalam 3 hari...sebenarnya terlupa nak tanam...
Baru tadi teringat balik..sementara petang ni lapang sikit,anak2 pun lena je tido,me cepat2 tanam kat pasu..me letak serbuk pengalak akar kat keratan bawah sebelum main cucuk je dalam pot... :)
##sharingiscaring

RESEPI KEK LUMUT CHEESE

Cheese lagi..agak nya ,minggu ni minggu cheese sedunia kot...yang ni repost...sebelum ni dah share kat pages..
Dok belek2 pages terjumpa posting ni..so me update je balik kat blog...klau tak silap bulan lepas kot buat kek ni... :)
##sharingiscaring....

Resepi  Kek Lumut Cheese add Coklat Chips

Step A : **pukul sampai kembang putih**
400gm               majerin(me guna Puteri@Mas...bukan setakat murah je tapi wangi exp Mas)
1cawan            gula halus

Step B : ** masukkan sedikit demi sedikit adunan A dan pukulsebati**
7biji                 telor
1cawan           susu cair
1/3cawan       susu pekat manis
1cawan           tepung gandum
1cawan           horlick
1sk                  esen vanilla
1sk                  perwarna hijau
1sk                  coconut pandan emulco

Step C : **bahagikan adunan A+B ke dalam 3 bekas berasingan sama rata**

Step D : **pukul serentak semua bahan kecuali coklat chip**
250gm           cream cheese
1/2cawan     gula halus
1biji              telor
1sk               esen vanilla
100gm         coklat chip(gaul rata selepas adunan cheese sebati supaya coklat chip tak cair)

Step E : **bahagikan adunan D ke dalam 2 bekas berasingan sama rata**

Step F : **panaskan pengukus terlebih dahulu.lepas tu bermula lah operasi melapis..dimulakan dengan adunan AB terlebih dahulu dan di selangselikan dengan adunan D sampai habis...anggaran setiap lapisan 8-10minit....

##sharingiscaring

Isnin, 27 April 2015

RESEPI CHEESE DONAT

Sementara menunggu cheese ice cream tadi sejuk beku,lagi pun mood terlajak rajin...me sambung wat donat pula...
Lagipun bahan2 ice cream tadi masih ada balance...hehehe..gunakan bahan semaksima yang boleh... :)
##Memanjakan hujung minggu anak-anak dengan makanan favourite mereka....

HOMEMADE CHEESE ICECREAM - SELAMAT MENCUBA

sample 1
Sebenarnya isnin lepas en somi dah belikan bahan-bahan ni sebab request daripada anak-anak...
Esok...esok..esok..last-last hujung minggu baru ada kelapangan untuk memenuhi permintaan diaorang...dah setiap hari sepanjang minggu lepas juga la ellyza(along) dan ami (angah) keep bertanya "mama bila mama nak buat ice cream dan donat?...nasib baik ara(ucu) tak reti nak bercakap lagi..baru nak masuk 4 bulan... :)
Dengan pengetahuan yang serba sedikit,hari ni me akan kongsikan resepi cheese ice cream....semoga iyanya dapat memberi keceriaan...##sharingiscaring...                                                                           

sample 2

sample 3


sample 4




sample 6
sample 5

Sabtu, 25 April 2015

Salam hujung minggu

Asal hujung minggu mula la mood meninjau dapur...anak-anak pun pun dah terbiasa..."mama nak masak apa hari ni mama??"

Teringat hari tu en somi ada beli fried noodle kasar...hmm..anak-anak jenis yang kaki mee,dari diaorang makan magi je bagus masak mee kicap ala-ala wantan mee untuk diaorang.

Ni resepi campak namanya..buat la camne,ank2 mesti suka...

Mee kicap :
~Rebus je fried noodle kemudian tos..
~hiris halus 3 ulas bawang merah pastu tumis
  sampai bawang naik bau dan ranggup
~sediakan 1 bekas besar dan satukan**
          ** bawang goreng termasuk minyak
              tumisan bawang tadi
          ** 2 sudu besar sos tiram
          ** 4 sudu besar kicap pekat manis
~kemudian tuang je mee yang siap di tos
tadi ke dalam bekas** kemudian gaul sebati...
~bahan campuran terpulang kepada selera   masing-masing...tapi mee lebih suka bubuh banyak-banyak salad dan aym/daging cincang..

Untuk sup :
-tumis bawang merah sampai naik bau
-letak fish ball
-kobis jeruk masin
-letak air kosong
-sedikit lada hitam
**siap**tak payah letak garam sebab kobis jeruk pun dah terlebih masin

Dan yang paling penting cili jeruk...tak da cili jeruk  ni memang lari mood kalau nak makan mee

              

Selasa, 21 April 2015

Assalammualaikum

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini 21 April 2015 ( petang selasa)...
Setelah sekian lama,akhirnya terbuka hati untuk berkongsi cerita,
berkongsi pengalaman,berkongsi pengetahuan bersama dalam 
blog...

Jujur  me katakan yang me agak kekok.1st time create kan blog ni katakan...banyak lagi yang me kena explore dan pelajari... :)



Apa2 pun demi perkongsian,teruskan juga niat untuk mempelajari 
dunia blogger ni...

bismillah...