Cheese lagi..agak nya ,minggu ni minggu cheese sedunia kot...yang ni repost...sebelum ni dah share kat pages..
Dok belek2 pages terjumpa posting ni..so me update je balik kat blog...klau tak silap bulan lepas kot buat kek ni... :)
##sharingiscaring....
Resepi Kek Lumut Cheese add Coklat Chips
Step A : **pukul sampai kembang putih**
400gm majerin(me guna Puteri@Mas...bukan setakat murah je tapi wangi exp Mas)
1cawan gula halus
Step B : ** masukkan sedikit demi sedikit adunan A dan pukulsebati**
7biji telor
1cawan susu cair
1/3cawan susu pekat manis
1cawan tepung gandum
1cawan horlick
1sk esen vanilla
1sk perwarna hijau
1sk coconut pandan emulco
Step C : **bahagikan adunan A+B ke dalam 3 bekas berasingan sama rata**
Step D : **pukul serentak semua bahan kecuali coklat chip**
250gm cream cheese
1/2cawan gula halus
1biji telor
1sk esen vanilla
100gm coklat chip(gaul rata selepas adunan cheese sebati supaya coklat chip tak cair)
Step E : **bahagikan adunan D ke dalam 2 bekas berasingan sama rata**
Step F : **panaskan pengukus terlebih dahulu.lepas tu bermula lah operasi melapis..dimulakan dengan adunan AB terlebih dahulu dan di selangselikan dengan adunan D sampai habis...anggaran setiap lapisan 8-10minit....
##sharingiscaring
Tiada ulasan:
Catat Ulasan