Sabtu, 20 Jun 2015

RESEPI KEK LAPIS SEAWEED

RESEPI KEK LAPIS SEAWEED

Bahan-bahan :
350g       mentega
180g       gula halus
8biji        telur
100g       mayonis
200g       tepung biasa
30gm      seaweed

Cara Membuat :
1.Gaul mentega dan gaul sehingga ringan dan lembut.Campurkan telur satu demi satu,pukul sampai rata selepas setiap tambahan.
2.Campurkan mayonis dan pukul sebati.
3.Ayak tepung dan serbuk penaik,dicampurkan ke adunan mentega,kukus sehingga masak.
4.Letak kertas dan berus acuan kek segitepat 7" dengan mentega cair.Masukkan 5 sudu besar aduanan,kukus sehingga masak
5.Susun kepingan seaweed di atas,masukkan 5 sudu besar adunan menutupi seaweed,kukus sehingga masak.
6.Susun kepingan seaweed di atas,ditutup dengan 5 sudu besar adunan juga,kukus sehingga masak.Teruskan dengan cara yang sama sehingga adunan habis diguna.Potong seaweed menjadi halus dan ditaburkan ke atas lapisan terakhir sebelum dikukus.

NOTA :
Selalunya susun kepingan seaweed terlebih dulu,kemudian ditutup dengan adunan kerana kepingan seaweed akan mengecut bila terdedah kepada bahang semasa pengukusan.





Jumaat, 19 Jun 2015

RESEPI IKAN SARDIN MASAK LEMAK

Hari tu 1st time la tengok ikan sardin masak lemak...adik yang masak masa balik sarawak tempoh hati..
Sedap..ketagih pula sardin masak lemak ni...

Resepi Ikan Sardin Masak Lemak

1ulas           bawang merah (hiris halus)
2ulas           bawang putih (hiris halus)
1biji            bawang holland (hiris besar)
1sb              cili giling
Sedikit       asam keping@air asam jawa
1kotak        santan
1tin             ikan sardin

Cara penyedian:
-tumis bawang merah dan bawang putih
-tumis bawang holland
-tumis cili giling
.-masukkan asam keping
-lepas tu masukkan santan
-bila santan mdidih masukkan ikan sardin
-tambah sdikit air jika terlampau pekat
-masak selama 10min
**siap untuk dhidang**

Isnin, 8 Jun 2015

MENU GAWAI : RESEPI KUAH KACANG

Selesai buat kuih siput,petang 31hb/05 kami sekeluarga buat ketupat dan lemang pula...

Resepi kuah kacang ni banyak versi...tapi me lebih suka tukar santan dengan susu cair...ketupat dan lemang dah berlemak,jadi kuah kacang me kurangkan lemak..

RESEPI KUAH KACANG

6batang   serai*
1helai       daun kunyit*
2cm          kunyit hidup*
2cm          lengkuas*
1biji          bawang besar*
6ulas        bawang putih*
6ulas        bawang merah*
1cm          belacan dibakar*

1sb         cili giling
1tin         susu cair
Gula melaka secukupnya
1/2kg    kacang tanah(goreng dengan minyak sedikit kemudian tumbuk.jangan tumbuk terlampau halus)

CARA-CARA:
-blend semua bahan *
-tumis bahan * sampai pecah minyak
-kemudian tumis sekali cili giling
-masukkan susu cair
-masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk
-akhir sekali tambah gula melaka,garam secukupnya ikut citarasa masing2...:)
-tambah sedikit air sekiranya kuah kacang terlampau pekat.

RESEPI KUIH SIPUT

Setiap kali nak Gawai,me mesti buat kuih siput...kakak mesti request kuih siput ni....

Kebiasaan 30hb/05 dan 31hb/05 kami sekeluarga dah memulakan operasi bergotong royong masak-masak,membuat kek,kuih-kuih dan biskut..
Tapi tahun ni ada menu extra...kakak nak ketupat,ayah nak lemang...last-last buat kedua-dua sekali...

Seronok bila mengentel siput ni beramai-ramai.tak sedar dah habis mengentel siput...kalau sorang je buat memang berhari-hari nk habiskan 2kg tepung...nak membuat punya la lama.tapi kalau dah siap goreng,sekali hadap dah habis sebalang...

Sedapp...awal-awal makan rasa pedas kari tapi bila dah hujung lidah rasa manis.. :)..ada aroma bawang goreng sekali...


RESEPI KUIH SIPUT
by ~mjjm~

1kg         tepung gandum
300gm.   majerin
125gm    gula
1pack     santan serbuk
1sb         cili serbuk
3sb         serbuk kari
3ulas      bawang merah**
5ulas      bawang putih**
(Tumbuk lumat bawang**)
Daun kari secukupnya-cincang halus*

Cara-cara:
-Uli je semua bahan sekali sampai menjadi doh.
-tambah air suam sekiranya doh tak cukup lembut.
-kemudian gentel bulat-bulat doh ikut saiz yang dikehendaki.
-gunakan acuan kuih siput untuk membentuk kuih siput.
-goreng dalam minyak panas sampai agak kekuningan.
**siap untuk dihidang**