Isnin, 8 Jun 2015

RESEPI KUIH SIPUT

Setiap kali nak Gawai,me mesti buat kuih siput...kakak mesti request kuih siput ni....

Kebiasaan 30hb/05 dan 31hb/05 kami sekeluarga dah memulakan operasi bergotong royong masak-masak,membuat kek,kuih-kuih dan biskut..
Tapi tahun ni ada menu extra...kakak nak ketupat,ayah nak lemang...last-last buat kedua-dua sekali...

Seronok bila mengentel siput ni beramai-ramai.tak sedar dah habis mengentel siput...kalau sorang je buat memang berhari-hari nk habiskan 2kg tepung...nak membuat punya la lama.tapi kalau dah siap goreng,sekali hadap dah habis sebalang...

Sedapp...awal-awal makan rasa pedas kari tapi bila dah hujung lidah rasa manis.. :)..ada aroma bawang goreng sekali...


RESEPI KUIH SIPUT
by ~mjjm~

1kg         tepung gandum
300gm.   majerin
125gm    gula
1pack     santan serbuk
1sb         cili serbuk
3sb         serbuk kari
3ulas      bawang merah**
5ulas      bawang putih**
(Tumbuk lumat bawang**)
Daun kari secukupnya-cincang halus*

Cara-cara:
-Uli je semua bahan sekali sampai menjadi doh.
-tambah air suam sekiranya doh tak cukup lembut.
-kemudian gentel bulat-bulat doh ikut saiz yang dikehendaki.
-gunakan acuan kuih siput untuk membentuk kuih siput.
-goreng dalam minyak panas sampai agak kekuningan.
**siap untuk dihidang**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan