Selesai buat kuih siput,petang 31hb/05 kami sekeluarga buat ketupat dan lemang pula...
Resepi kuah kacang ni banyak versi...tapi me lebih suka tukar santan dengan susu cair...ketupat dan lemang dah berlemak,jadi kuah kacang me kurangkan lemak..
RESEPI KUAH KACANG
6batang serai*
1helai daun kunyit*
2cm kunyit hidup*
2cm lengkuas*
1biji bawang besar*
6ulas bawang putih*
6ulas bawang merah*
1cm belacan dibakar*
1sb cili giling
1tin susu cair
Gula melaka secukupnya
1/2kg kacang tanah(goreng dengan minyak sedikit kemudian tumbuk.jangan tumbuk terlampau halus)
CARA-CARA:
-blend semua bahan *
-tumis bahan * sampai pecah minyak
-kemudian tumis sekali cili giling
-masukkan susu cair
-masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk
-akhir sekali tambah gula melaka,garam secukupnya ikut citarasa masing2...:)
-tambah sedikit air sekiranya kuah kacang terlampau pekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan