Rabu, 12 Ogos 2015

RESEPI KEK LAPIS BISKUT OREO

KEK LAPIS BISKUT OREO


BAHAN-BAHAN :

400gm        mentega
150gm        gula halus
8biji            telur
150ml         susu cair
200gm        tepung biasa/superfine
1sk             serbuk penaik
400gm        biskut oreo
1sk             coconut pandan emulco
perwarna hijau epa








CARA MEMBUAT :
  • gaul mentega dan gula sehingga sebati,masukkan telur satu demi satu.Pukul sampai rata selepas setiap tambahan.
  • ayak tepung dan serbuk penaik bersama-sama,gaul sehingga menjadi adunan sebati.
  • masukkan susu,pandan emulco dan perwarna hijau epal,gaul rata.
  • letak kertas dan berus acuan kek dengan mentega cair.
  • masukkan 4 sudu besar adunan dan kukus sehingga masak.
  • masukkan satu lagi lapisan diatas,susun 3 baris biskut oreo,kukus sehingga lapisan masak.
  • masukkan satu lapis adunan untuk menutup biskut,kukus sehingga masak.
  • kemudian masukkan satu lapis adunan,susun biskut diatas lapisan juga.kukus sehingga masak.
  • teruskan proses ini sehingga adunan habis.Habiskan lapisan terakhir dengan adunan kek.
**rendahkan haba untuk mendapatkan permukaan licin**
**setiap lapis akan mengambil masa 10 minit dengan haba sederhana,lapisan terakhir kukus 20 minit**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan