Isnin, 10 Ogos 2015

RESEPI KEK TIRAMISU

RESEPI KEK TIRAMISU


Bahan A :
5biji         telur
120gm     gula halus
1sb          ovalate
1sk          esen vanilla

Bahan B :
130gm     tepung kek/superfine
1sk          soda bikarbonat
1sk          baking powder
*ayak terlebih dahulu*

Bahan C :
60gm       minyak masak atau mentega cair
200ml      santan kotak

Bahan D :
3sb        serbuk dark coklat
1paket   nescafe 3 in 1
susu pekat manis secukupnya
sedikit oat













Cara menbuat :
  • pukul bahan A sampai meringue.
  • masukkan bahan B ke dalam bekas A sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan sederhana.
  • masukkan bahan C dan gaul sampai sebati dengan kaedah kaub balik.













  • bahagikan adunan sama rata ke dalam 3 bekas berasing.
  • bekas pertama biar je plain. 
  • bekas kedua bubuh 1 paket nescafe 3 in 1.
  • bekas ketiga bubuh 3sb serbuk dark coklat.
  • panaskan periuk pengukus terlebih dahulu sebelum memasukkan lapisan pertama.
  • susunan lapisan optional,terpulang kepada minat masing-masing.
  • setiap lapisan kukus lebih kurang 5 minit.
  • lapisan terakhir kukus selama 20 minit.
  • setelah masak,sejukkan kek terlebih dahulu dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam.
Untuk toppping :
Tuang susu pekat di atas kek yang baru dikeluarkan dari peti sejuk.Kemudian tabur serbuk milo/coklat malt,nescafe 3 in 1 dan oat di atas kek.
                  ~siap untuk dihidang~

















2 ulasan: