BAHAN-BAHAN :
250gm krim cheese
250gm mentega
150gm gula halus
6biji telur
parutan kulit 1 lemon
180gm tepung biasa/superfine
1sk serbuk penaik
400gm biskut cheese/saltcheese
pewarna kuning
coklat emulco
CARA MEMBUAT :
- pukul mentega,krim cheese dan gula sehingga kembang.Masukkan telur satu demi satu.Pukul sehingga sebati selepas setiap tambahan.
- ayak tepung dan serbuk penaik,gaul menjadi adunan kembang.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Campurkan parutan kulit lemon dan pewarna kuning ke dalam satu bahagian.Masukkan coklat emulco ke satu lagi bahagian.
- letakan kertas dan berus acuan kek dengan mentega cair.Masukkan 4 sudu besar adunan kuning dan kukus sehingga masak.
- masukkan 4 sudu besar lagi adunan kuning di atas,susun biskut cheese diatas,kukus sehingga masak.
- kemudian masukkan 4 sudu besar adunan coklat diatas,kukus sehingga masak.
- teruskan proses yang sama,sehingga adunan habis digunakan.Tutup biskut dengan adunan kek,rendahkan haba dan kukus sehingga lapisan terakhir masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan