Jumaat, 16 Oktober 2015

SELAMAT TINGGAL "MATA PANDA" 5 tip mudah untuk mengatasi lingkaran hitam bawah mata

Anda sering kali berkeluh kesah di depan cermin apabila melihat lingkaran hitam bawah mata sebaik sahaja bangkit daripada tidur.Malahan rutin bangun pagi seolah-olah menjadi mimpi ngeri, sekali gus menghilangkan keyakinan anda untuk melangkah keluar bagi melakukan aktiviti seharian anda.

Masalah itu turut dikaitkan dengan masalah kurang tidur selain ketagihan minuman berkafien seperti kopi dan beralkohol antara faktor utama perangsang kepada lingkaran bawah mata.

Amaran keras kepada mereka yang mengamalkan diet tidak seimbang tanpa pengambilan vitamin tertentu kerana ia turut menjadi punca masalah "mata panda".

Mulai sekarang anda semua perlu merancang semula pengambilan pola pemakanan dengan memperbanyakkan  vitamin E dan C untuk kebaikkan kulit.

Disini me ingin kongsikan tip-tip rutin penjagaan untuk mengatasi masalah lingkaran hitam bawah mata.Dengan hanya membuka peti sejuk rumah anda dan melilau di dapur rumah, anda mampu melakukannya... :)     SELAMAT MENCUBA......


1.Uncang teh :
Mungkin agak pelik untuk dilakukan namun percaya kesannya tidak menghampakan kerana uncang ten boleh dijadikan penyejuk mata.
Langkah mudah,cuci bersih uncang teh yang telah digunakan kemudian simpan di dalam peti sejuk selama beberapa minit.Selepas itu,aplikasikan pada mata antara 15 hingga 30 minit pada waktu pagi bagi merasai kesegaran dan menghilangkan lingkaran hitam bawah mata..Perlu diingatkan,pastikan cuci terlebih dahulu uncang teh yang telah digunakan bagi mengelakkan mata anda dihurung semut.


2.Hirisan kentang :
Kentang mengandungi nutrisi seperti vitamin A, B, C, kalsium, fostor, potasium, zat besi, serat, dan protien yang baik untuk kecantikkan.
Kaedahnya amat mudah, hiris kentang menjadi beberapa kepingan yang nipis dan lekapkan pada bahagian mata selama setengah jam.Ekstrak timun dan tomato turut berkesan dalam menangani masalah ini.



3.Topeng muka (pupur) :
Campurkan kuning telur dengan perahan ekstrak lemon dan madu.
Kesemua bahan tersebut didinginkan sebelum diratakan pada seluruh wajah anda untuk dijadikan pupur, lebihkan sedikit di sekitar bawah mata.Lakukan sekali sehari dan aplikasikan pada sebelah malam, cuci dengan bersih pada keesokkan harinya.Anda akan nampak hasil yang mengagumkan dalam tempoh seminggu.





4.Lemon dan air suam :
Selain menjadi minuman penyegar ketika matahari terik, lemon juga mampu menjadi solusi kepada lingkaran hitam bawah mata.
Campurkan perahan air lemon dengan air suam dan sapukan ke bawah mata dua kali sehari bagi kesan yang cepat.




5.Minyak almond :
Minyak almond merupakan salah satu cara menghilangkan lingkaran bawah mata selain melembutkan kulit wajah, bebas minyak, dan mengurangkan masalah pori tersumbat.
Cara ringkas, urutkan sedikit minyak pada bawah mata secara perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri.Biarkan selama 10-15 minit, kemudian lap menggunakan tisu basah sebelum basuh bersih menggunakan air.










#happysharing
MJJM

Khamis, 15 Oktober 2015

DURIAN BELANDA BANTU CEGAH KANSER

Siapa sangka selain daripada kebergantungan dengan pelbagai jenis ubat-ubatan yang ada sekarang ini,kehidupan seharian kita dikelilingi dengan pelbagai jenis tumbuhan yang boleh dimanfaatkan sebagai alternatif perubatan tradisional dan boleh dikembangakan lagi dalam dunia perubatan moden masa kini.

Buah durian belanda berpontesi untuk menjadi penawar alternatif penyakit barah atau sebagai pencegahan awal penyakit kanser.Bahan dalam durian belanda mempunyai 'antitumor' yang paling bermanfaat kerana mempunyai agen 'sitotoksi' iaitu sejenis bahan kimia yang boleh menghalang dan memusnahkan sel-sel kanser.

Pensyarah Kanan dlam bidang Pomologi dari Jabatan Sains Tanaman,Fakulti Pertanian,Universiti Putra Malaysia,DR Siti Zaharah Sakimin berkata,hasil daripada laporan penyelidikan saintis antarabangsa membuktikan bahan aktif yang terkandung dalam buah itu turut mampu 'memperlambatkan' aktiviti sel kanser.

"Berdasarkan kajian yang dijalankan,ekstrak buah bertindak balas secara selektif dengan sel dalam tubuh badan kita.Bertindak secara selektif bermaksud ekstrak hanya memburu dan membunuh sel-sel negatif."Dr.Siti Zaharah Sakimin.

Tambahnya lagi,ekstrak tersebut tidak akan membunuh sel-sel sihat dalam tubuh badan malahan bahan tersebut mempunyai daya kerja 10,000 kali lebih kuat berbanding rawatan kemoterapi.

Menurutnya lagi,durian belanda yang menjalankan aktiviti metabolit sekunder tanaman mengandungi bahan fitokimia yng mampu berfungsi sebagai antibakteria dan juga berupaya menjalankan aktiviti 'farmakologi' yang tidak diketahui.

Selain buahnya yang baik digunakan untuk merawat kanser,kulit,daun,akar dan biji durian belanda turut menpunyai khasiatnya yang tersendiri.Daun durian belanda contohnya boleh direneh dan dijadikan serbuk teh seterusnya diminum.Ianya dipercayai boleh merawat skit kerongkong,mengubati kencing manis dan memudahkan proses bersalin.

MJJM




Khamis, 3 September 2015

CHEESE KEK PELANGI

RESEPI CHEESE KEK PELANGI




















BAHAN A : KEK SPAN 



200gm      gula halus
20gm        ovalette
6biji          telur
260gm      tepung superfine/self raising
1sk           serbuk penaik

80ml        susu cair
120gm     minyak masak/mentega dicair
1sk          esen vanilla


BAHAN B : CREAM CHEESE
250gm     cream cheese
250ml      UHT whipping cream
3sb           gula halus
*hirisan dark coklat secukupnya*

BAHAN C : hiasan
cheddar cheese secukupnya~diparut~

CARA MENBUAT :
1.Satukan semua sekali gula halus,ovalette,telur,tepung,serbuk penaik kemudian pukul sampai sebati.












2.Masukkan susu cair,mentega cair dan esen vanilla.












3.Bahagikan adunan kedalam 7 bekas berasingan sama rata dan letakkan perwarna mengikut citrasa masing-masing...anggaran satu bekas 150gm..










4.Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu..kukus satu demi satu..anggaran setiap warna kukus 5-8minit..
kek span yang telah dikukus
5.Satukan cream cheese,whipping cream dan gula.pukul sampai sebati dan agak kental.simpan terlebih dahulu di dalam peti sejuk sebelum proses melapis.












6.Hiris coklat dan sebatikan dengan adunan cream cheese dengan kaedah kaub balik.












7.Pilih susunan warna kek span mengikut citarasa masing-masing dan sapukan cream cheese diatas setiap lapisan kek span.












8.Dan yang terakhir parutkan cheddar cheese diatas kek dan hias mengikut kreativiti masing-masing..
~sejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk sebelum dihidang~













#foodlovers
#by~mjjm~

Isnin, 17 Ogos 2015

RESEPI PAVLOVA...pencuci mulut

PAVLOVA 














BAHAN-BAHAN:

4biji          putih telur
100gm      gula halus
1/2sk         esen vanilla
1sk            cuka
1sb            tepung jagung
yougurt asli secukupnya*boleh juga tukar dengan perisa lain*



CARA MEMBUAT :

1.asingkan putih telur dengan kuning telur *pastikan tiada walau sedikit pun kuning telur yang tercampur*








2.pukul putih telur sampai merinque dengan kelajuan sederhana.












3.masukkan gula sedikit demi sedikit.tambahkan kelajuan mixer.
4.masukkan esen vanilla.
5.kemudian ayak tepung jagung diatas meringue.












6.pukul lagi sampai sebati dan betul-betul kental dan berkilat.
7.masukkan cuka dengan kaedah kaub balik.














8.lapik terlebih dahulu dengan kertas pembakar.kemudian bentukkan merinque ikut citarasa.










9.bakar sampai masak keseluruhan selama 40-50minit dengan suhu 160'c..biarkan warna agak keperangan.bergantung kepada oven masing-masing juga yea...











10.TAKE NOTE : jangan terus keluarkan pavlova dari oven.buka sedikit pintu oven dan biarkan sejuk dalam oven selama 20-30minit.










11.kemudian tempek-tempekkan je whipping cream diatas pavlova..me guna whipping segera :) ..













12.untuk topping me lebih gemarkan kiwi dan strawberry..boleh juga bubuh buah-buahan yang lain(anggur/manggo/bluebarry/mulberry/kepingan coklat dll)..hias ikut citarasa masing-masing..
~mjjm~

siap untuk dihidang :)


Jumaat, 14 Ogos 2015

RESEPI FILLET IKAN DORI THAI SOS

FILLET IKAN DORI THAI SOS


Bahan-bahan:

isi ikan dori
lobak merah
lobak putih
3sb        sos thai
1sb        sos tiram
2ulas    bawang merah
2ulas    bawang putih
1cm      kunyit hidup
2cm      halia
*garam dan ajinomoto secukupnya**
*boleh add cili giling ikut citarasa**


























**siap untuk hidangan tengahari**
#syukurselalualhamdulillah
~mjjm~

Rabu, 12 Ogos 2015

RESEPI KEK LAPIS BISKUT OREO

KEK LAPIS BISKUT OREO


BAHAN-BAHAN :

400gm        mentega
150gm        gula halus
8biji            telur
150ml         susu cair
200gm        tepung biasa/superfine
1sk             serbuk penaik
400gm        biskut oreo
1sk             coconut pandan emulco
perwarna hijau epa








CARA MEMBUAT :
  • gaul mentega dan gula sehingga sebati,masukkan telur satu demi satu.Pukul sampai rata selepas setiap tambahan.
  • ayak tepung dan serbuk penaik bersama-sama,gaul sehingga menjadi adunan sebati.
  • masukkan susu,pandan emulco dan perwarna hijau epal,gaul rata.
  • letak kertas dan berus acuan kek dengan mentega cair.
  • masukkan 4 sudu besar adunan dan kukus sehingga masak.
  • masukkan satu lagi lapisan diatas,susun 3 baris biskut oreo,kukus sehingga lapisan masak.
  • masukkan satu lapis adunan untuk menutup biskut,kukus sehingga masak.
  • kemudian masukkan satu lapis adunan,susun biskut diatas lapisan juga.kukus sehingga masak.
  • teruskan proses ini sehingga adunan habis.Habiskan lapisan terakhir dengan adunan kek.
**rendahkan haba untuk mendapatkan permukaan licin**
**setiap lapis akan mengambil masa 10 minit dengan haba sederhana,lapisan terakhir kukus 20 minit**

Selasa, 11 Ogos 2015

RESEPI KEK LAPIS HAWFLAKES

KEK LAPIS HAWFLAKES


Bahan-bahan:
300gm         mentega
100gm         gula halus
6biji             telur
180gm         susu pekat
120gm         tepung biasa/superfine
1sk              serbuk penaik
300gm        hawflakes
jem strawberry secukupnya



CARA MEMBUAT :
1.Pukul mentega dan gula sehingga berkrim,campurkan telur satu demi satu.Pukul sebati selepas setiap tambahan.

2.Masukkan susu pekat dan digaul rata.

3.Ayak tepung dan serbuk penaik,gaul menjadi adunan berkrim.

4.Letakkan kertas dan berus acuan kek dengan mentega cair.

5.Masukkan 4 sudu besar adunan,susun hawflakes diatas.Kukus sehingga masak.

6.Masukkan satu lagi lapisan,kukus sehingga masak.Sapukan  rata jem strawberry diatas kek setelah kek masak.

7.Kemudian masukkan perlahan satu lagi lapis adunan diatas sapuan jem strawberry dan susun hawflakes.Kukus sehingga masak.














8.Teruskan proses dengan cara yang sama sehingga adunan habis digunakan.

**setiap lapis akan mengambil masa kira-kira 10 minit.lapisan terakhir kukus 20 minit**






Isnin, 10 Ogos 2015

RESEPI KEK LAPIS CHEESE

KEK LAPIS CHEESE

BAHAN-BAHAN :
250gm       krim cheese
250gm       mentega
150gm       gula halus
6biji           telur
parutan kulit 1 lemon
180gm       tepung biasa/superfine
1sk            serbuk penaik
400gm       biskut cheese/saltcheese
pewarna kuning
coklat emulco

CARA MEMBUAT :

  • pukul mentega,krim cheese dan gula sehingga kembang.Masukkan telur satu demi satu.Pukul sehingga sebati selepas setiap tambahan.
  • ayak tepung dan serbuk penaik,gaul menjadi adunan kembang.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Campurkan parutan kulit lemon dan pewarna kuning ke dalam satu bahagian.Masukkan coklat emulco ke satu lagi bahagian.
  • letakan kertas dan berus acuan kek dengan mentega cair.Masukkan 4 sudu besar adunan kuning dan kukus sehingga masak.
  • masukkan 4 sudu besar lagi adunan kuning di atas,susun biskut cheese diatas,kukus sehingga masak.













  • kemudian masukkan 4 sudu besar adunan coklat diatas,kukus sehingga masak.
  • teruskan proses yang sama,sehingga adunan habis digunakan.Tutup biskut dengan adunan kek,rendahkan haba dan kukus sehingga lapisan terakhir masak.
**setiap lapisan kukus lebih kurang 6-10minit.lapisan terakhir kukus dalam 20 minit**

RESEPI KEK TIRAMISU

RESEPI KEK TIRAMISU


Bahan A :
5biji         telur
120gm     gula halus
1sb          ovalate
1sk          esen vanilla

Bahan B :
130gm     tepung kek/superfine
1sk          soda bikarbonat
1sk          baking powder
*ayak terlebih dahulu*

Bahan C :
60gm       minyak masak atau mentega cair
200ml      santan kotak

Bahan D :
3sb        serbuk dark coklat
1paket   nescafe 3 in 1
susu pekat manis secukupnya
sedikit oat













Cara menbuat :
  • pukul bahan A sampai meringue.
  • masukkan bahan B ke dalam bekas A sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan sederhana.
  • masukkan bahan C dan gaul sampai sebati dengan kaedah kaub balik.













  • bahagikan adunan sama rata ke dalam 3 bekas berasing.
  • bekas pertama biar je plain. 
  • bekas kedua bubuh 1 paket nescafe 3 in 1.
  • bekas ketiga bubuh 3sb serbuk dark coklat.
  • panaskan periuk pengukus terlebih dahulu sebelum memasukkan lapisan pertama.
  • susunan lapisan optional,terpulang kepada minat masing-masing.
  • setiap lapisan kukus lebih kurang 5 minit.
  • lapisan terakhir kukus selama 20 minit.
  • setelah masak,sejukkan kek terlebih dahulu dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam.
Untuk toppping :
Tuang susu pekat di atas kek yang baru dikeluarkan dari peti sejuk.Kemudian tabur serbuk milo/coklat malt,nescafe 3 in 1 dan oat di atas kek.
                  ~siap untuk dihidang~