Rabu, 20 Mei 2015

KEK BISKUT JACOB DAN HOWFLAKE KUKUS

Yang ni aktiviti me dan kakak ipar bila ada kelapangan...terutama apabila kami dapat berkumpul bersama bila  balik ke kampung untuk menyambut hari Gawai atau hari Kristmas...perbezaaan agama bukan lah penghalang kepada kami sekeluarga untuk berkumpul dan meraikannya bersama-sama...me bersyukur sangat-sangat kerana dikurniakan ahli keluarga yang amat memahami dan sentiasa bertolak ansur dalam banyak perkara...Alhamdulillah...

Dengan bantuan kakak ipar,hari ni me akan kongsikan resepi kek jacob dan howflakes kukus...


RESEPI KEK BISKUT JACOB & HOWFLAKES KUKUS :

Bahan-bahan:

400gm          biskut jacob
400gm          majerin
250gm          gula halus
10 biji           telur
1cawan         susu pekat
1cawan         milo
1bungkus      howflakes
1sk                esen vanilla




LANGKAH 1 :
-tumbuk halus biskut jacob dan ayak(ketepikan dahulu).
-pukul majerin dan gula halus sampai kembang putih.
-masukkan telur satu persatu sampai habis.
-kemudian tuang biskut jacob yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
-dan yang terakhir masukkan susu pekat dan ecen vanilla.

LANGKAH 2 :
-bahagikan sama rata adunan yang dah sebati tadi ke dalam 2 bekas berasingan.
-1 bekas biarkan plain dan satu lagi campurkan dengan milo.

LANGKAH 3 :
-panaskan pengukus terlebih dahulu.
-sapukan loyang dengan majerin.
-lapisan pertama terpulang dengan kehendak masing-masing samaada nak masukkan adunan milo ataupun yang plain.
-susun howflakes selang 2 lapisan selepas lapisan agak keras.
-setiap lapisan kukus selama 10 minit kecuali lapisan terakhir 15 minit.













#happysharing

RESEPI BISKUT ARAB

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik...semoga warga pendidik terus berusaha mendidik demi masa depan generasi masa kini dan generasi akan datang...
Hari Gawai Dayak bakal menjelma,kemudian disusuli Hari Raya Puasa...tahun ni me menyambut perayaan berganda...awal-awal dah membelek-belek resepi :)


Sementara berkesempatan hujung minggu ni,me nak kongsikan satu lagi resepi yang mudah,ringkas tapi sedap iaitu resepi biskut arab

BAHAN-BAHAN :
300gm.     tepung gandum
125gm.     minyak sapi
1sk.          esen vanilla
Susu tepung secukupnya



CARA-CARA;
**goreng tepung tanpa minyak sehingga agak kekuningan terlebih dahulu**
**Uli je tepung gandum,minyak sapi dan esen vanila sampai sebati...kemudian pintal bulat..nak tau tepung gandum dan minyak sapi balance senang je..kalau kita uli tepung dan tepung tak melekat kat tangan,ertinya doh dah balance.
**Bakar dalam 30-45 minit 170°c.Jangan terlampau lama menbakar..
**Dah siap bakar baru salutkan dengan susu tepung.susu tepung optional..tapi me lebih gemar susu tepung dutch lady madu..tapi kalau nak guna donut dusting pun boleh juga..

Khamis, 14 Mei 2015

RESEPI "TUPANG DURIAN"@Bunga Durian

Sekali lagi me ingin kongsikan satu lagi menu kegemaran warga SARAWAK iaitu menu bunga durian atau pun lebih dikenali sebagai "tupang durian" bagi warga Iban manakala dalam bahasa Bidayuh ianya di panggil sidurey dihan di Serian,Sarawak...
Setiap kali musim durian bemula,aktiviti mengutip tupang durian merupakan satu kemestian...terbayang-bayang semerbaknya bau wangi bunga durian ni kat dusun..

Tupang durian boleh dimasak dengan pelbagai cara..dan semestinya yang menjadi kegemaran me,masak lemak tupang durian + terung dayak muda...

Selain itu tupang durian juga sedap di goreng belacan,masak asam pedas,goreng ikan bilis,goreng bawang putih dan sambal tumis..
Tentu ramai yang agak janggal dengan masakkan tupang durian ni kan...sila-silakan mencuba...sedappp...



RESEPI PUTU PIRING

Putu Piring, Makanan asli Masyarakat Melayu. Tidak ramai yang tahu atau faham bagaimana mahu menghasilkan kuih tradisi ini. Sukalah me untuk berkongsi resepi dan cara menghasilkan KUIH PUTU PIRING INI... Selamat mencuba... Sharing is caring bak kata orang....

Bahan-bahan (untuk sekitar 15 keping)

2 cawan tepung beras
3/4 sudu garam
150ml air panas
1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih shj dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam)
1/2 cawan gula melaka,diparut
5-6 helai daun pandan
kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
Daun pisang digunting 2inci persegi

Cara-membuatnya:


Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit. Ayak dan biarkan sejuk. Campurkan garam dgn air panas dan daun pandan.Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. Renjis2kan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. seeloknya air panas Panaskan pengukus.Griskan acuan putu dgn sedikit minyak.Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya. Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.Biarkan putu dalam kain muslin selama kira2 seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat. Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yg telah digaul dgn sedikit garam. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.Sedia untuk dihidang dan disantap.

Isnin, 11 Mei 2015

Resepi : Agar-Agar Oreo

~~AGAR-AGAR OREO ~~

Bahan :

1pek(25gm)    agar-agar serbuk
1tin                   susu cair
1cwn                milo
1/2cwn            gula (ikut sukatan masing-masing)
1500ml            air
1bungkus        biskut oreo

Step 1 :
Masak air sampai mendidih kemudian masukkan agar-agar serbuk,susu cair dan gula..me letak gula 1/2 cawan je sebab kurang gemar manis.

Step 2 :
Bahagikan agar-agar yang telah dimasak tadi ke dalam 3 bekas berasingan sama rata

2 bekas untuk bancuhan milo
1 bekas biar plain susu (masukkan sebungkus biskut oreo yang telah dipecah 4)

Step 3 :
-Mulakan melapis dengan bancuhan milo terlebih dahulu...sejukkan seketika.
-Kemudian di lapis dengan plain susu+biskut oreo..sejukkan seketika.
-Dan yang terakhir  lapiskan dengan 1 bekas lagi bancuhan milo.sejukkan seketika sebelum dimasukkan le dalam peti sejuk.
**selesai,tnggu sjuk then boleh la untuk dihidangkan**

Sabtu, 9 Mei 2015

Kebun Kecilku : Aktiviti Pertukangan Seorang Housewife

Hati nak berkebun tapi ruang agak terhad..

Kasihan tanaman semakin bersesak,ruang semakin sempit..mula la hati tak tenteram nak cari alternatif lain...bermula la operasi menjenguk stor kot-kot datang idea macam mana nak kemaskan balik susun atur kebun kecilku.last-last mata terpandangkan papan..
Me lebih mengutamakan sesuatu yang menarik tetapi tanpa perlu berbelanja sakan...melihat hasil daya usaha sendiri merupakan sesuata kepuasan bagi me sendiri..kalau di ikutkan kat kedai pun boleh dapat rak bunga.Tapi me lebih suka buat atas inisiatif  sendiri,pun dapat menjimatkan perbelanjaan.

Me nampak je kaum hawa,tapi kalau bab-bab bertukang ni memang suka sesangat.Papan-papan ni sebenarnya en somi dah lama simpan..mana la tau kemudian hari ada kegunaan...en somi pun fahan sangat tangan me tak reti nak duduk diam...
Sementara ada kesempatan petang semalam,me meluangkan masa bersembang dengan tanamam me...pujuk pokok hidup elok-elok dengan buat rak baru.. :) pokok ni kena pujuk baru nak hidup subur..

Hari ni me nak kongsikan hasil pertukangan seorang housewife pula..sebenarnya dunia seorang housewife terlalu luas untuk dikembangkan,insyaAllah dengan sokongan kuam-kaum suami..

Semoga perkongsia ini dapat menjadi sumber inspirasi buat kaum2 housewife semua..
yang pot putih ni me recycle botol
coke.gunting pastu spray color putih.
tapi color lain pun boleh.
##happysharing...


Rabu, 6 Mei 2015

Kebun Kecilku : POKOK "ong" @ pokok duit

Pagi tadi baru perasan daun pokok duit me  dah keluar pucuk..lama-lama ni tak nampak sebab terlindung oleh daun semaian..

Daun ni me ambil dari rumah emak mentua...selama berpantang 44,me tinggalkan dulu hobi berkebun ni..masuk je hari ke 45 me main pacak je daun pokok duit ni dalam pot..sekarang ni ara(anak bongsu) dah 4 bulan..
Sampai ke telinga me senyum melihat hasil semaian me selama 3 bulan ni :)

Info tentang pokok duit ni :
Pokok ini lebih sinonim dikenali sebagai "pokok ong"..nama sainstifiknya Zamiocukas Zamiifolia..hihihi..berbelit lidah sebut.

Sesuai diletak ditempat yang agak teduh namun tetap memerlukan cahaya terus daripada matahari.

Pokok duit boleh dibiak dengan kaedah pemisahan ke pasu-pasu lain dari pokok induk,melalui keratan batang dan daun seperti yang me lakukan..

Selasa, 5 Mei 2015

Pucuk Midin Goreng Belancan

Bercakap tentang pucuk midin,tanya la warga Sarawak...Mesti warga Sarawak tahu keistimewaanya. Boleh dikatakan menu pucuk midin merupakan menu eksklusif bagi warga Sarawak...

Kebanyakkan restoran seafood di Sarawak menjadikan menu pucuk midin sebagai menu istimewa. Pucuk midin boleh dihidangkan dengan dengan pelbagai cara. Diantaranya 'pansuh',ulam rebus,goreng bawang putih dan menu kegemaran me pucuk midin goreng belacan...
Tak susah untuk memperolehi pucuk midin ni kat Sarawak.Rata-rata pasar minggu dan pasar basah ada menjual pucuk midin segar.Kebiasaan dijual oleh penduduk tempatan.

Teringat lagi tahun lepas,masa tu tengah sarat peggy anak ke-3..tunggu hari je.Teringin sangat nak makan ulam rebus pucuk midin..tapi tak boleh nak balik Sarawak dah.Melilau la en somi mencari.Rezeki ibu mengandung,kebetulan kat taman permainan anak-anak di Pulau Meranti,Cyberjaya ada pucuk midin..en somi juga yang jadi mangsa pergi petik..orang yang lalu sekitar tu pun hairan.Siap bertanya "apa tu?boleh makan ke?tak beracun?....hihihihi..en somi explain la...last-last dengan diaorang pun petik sekali,nak try masak..sempat gak me jadi guru memasak bagitau cara nak masak pucuk midin :)

Info dan khasiat pucuk midin :
Nama saintifiknya Stenochlaena palustris.Merupakan tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah,kebun lada,ladang kelapa sawit..selain menumpang pokok lain,midin juga antara tumbuhan semusim rizomatous  dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut,air tawar dan hutan belukar.

Pengambilan sayur pucuk midin dijamin selamat dan mempunyai khasiat seperti zat besi,vitamin A(beta karotene) yang mampu menguatkan penglihatan dan pencegahan rabun malam.
Selain itu midin kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium.
Perubatan tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit cirit birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.
##happysharing

Isnin, 4 Mei 2015

Dunia Seorang Surirumah Sepenuh Masa

Ramai yang berpendapat bila memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa,pergerakkan akan terbatas dengan tanggungjawab menguruskan rumah,menguruskan makan minum pakai anak-anak serta suami..tugasan mencari rezeki 100% terletak di bahu suami.

Namun sebaliknya,menjadi surirumah sepenuh masa sebenarnya peluang untuk para isteri memupuk kemahiran masing-masing...minat dan usaha dalam sesuatu kemahiran merupakan peluang di mana para isteri boleh menjana pendapatan dari rumah..Dengan pengurusan masa yang bijak,para isteri mampu membahagiakan masa untuk melaksanakan tugasan seorang surirumah dan memberi ruang untuk diri sendiri melakukan sesuatu yang digemari..hebatkan menjadi seorang surirumah sepenuh masa...disamping menjaga makan minum,seorang surirumah mampu membantu meringankan beban suami dalam mencari rezeki keluarga...
Rezeki ada di mana-mana...insyaAllah dengan izin Allah SWT...

Sejauh pengetahuan me,me dikelilingi sahabat2 dimana mereka surirumah sepenuh masa.Tapi mereka dengan inisiatif sendiri serta sokong dari suami mampun menjana pendapatan..walaupun hanya bermula dengan merangkak-rangkak,mereka mampu berjaya memgembangkan kemahiran masing-masing...

Ingin me kongsikan salah satu kemahiran yang boleh dipupuk minat untuk para isteri...iaitu 'handmade' kraf,crochet,brooch yang semakin berkembang permintaan melalui media sosial seperti facebook...
note:sesiapa yg berminat boleh la melawat pages KMeK HouseWifE di alamat 
https://m.facebook.com/profile.php?id=862228843815504

Ahad, 3 Mei 2015

SANDWICH express

Tak ramai yang bangun pagi dan terus ada selera bersarapan pagi dengan nasi atau mee...termasuk me sendiri..kebiasaan bancuh minuman panas cicah biskut kering dah cukup..tengah hari baru cari makanan yang heavy..
Tapi kalau terlebih rajin baru me buat sandwich untuk sarapan anak-anak dan en somi....apa-apa pun kena juga merajinkan diri..kena pastikan anak-anak bersarapan pagi...sarapan pagi yang paling penting..
Bagi anak-anak yang kurang gemar makan sayur-sayuran mungkin resepi ni dapat membantu... :) ...happy sharing

##sharingiscaring

Jumaat, 1 Mei 2015

MENU TURUN TEMURUN WARGA REMUN,SARAWAK "KERAUS ENTIMUN"

Membesar sebagai anak iban Sarawak,menu ni merupakan favourite dari kecil lagi....

Terutama musim menuai padi..kebiasaan mak me akan menanam timun dayak ni di huma padi bukit...jadi menjadi kegemaran memcari buah timun ni sambil menuai padi...rasa-rasanya semenjak dah berumahtangga ni,dekat nak 10tahun dah kot tak ikut "berduruk"menuai padi..."berduruk" ni kira bergotong-royong menuai padi..rindu sesangat suasana "berduruk"...yang paling seronok bila "berduruk" ni adalah makan tengahari beramai-ramai...ditambah lagi makan tepi huma.kebiasaan me request kat emak buat timun parut ni...walaupun makan ulam-ulaman atau rebus je,tapi nikmatnya memang sampai sekarang ni teringat-ingat...nak balik kampung bila musim menuai anak-anak sekolah pula.Kebiasaan musim menuai awal tahun,bulan januari sampai bulan febuari je..

En somi dulu tak reti makan ulam dan sayur-sayuran..1st time en somi ikut menuai padi,mak me masak "pansuh" pucuk paku buat ulam....asalnya en somi nak try je,tak sangka en somi makan bertambah walaupun makan dengan ulam 'pansuh' pucuk paku dengan ikan bilis tumbuk je...asal balik kampung kat sarawak, mesti en somi request 'pansuh'pucuk paku kat emak..kalau dulu en somi 'bersilat' bila jumpa sayur,sekarang ni dia yang kurang selera makan bila takde sayur-sayuran.

Ingat lagi pertama kali buat  ni kat emak mentua kat perak,emak mentua jadi hairan..sebab kebiasaan abah(bapa mentua) masak timun ni buat gulai tempoyak ikan patin je...en somi orang perak.pusat dalam agaknya tu yang bertemu jodoh dengan orang jauh..Alhamdulillah,sejak hari tu,mak mentua pun terikut buat timun parut ni..

Memandangkan kat sini takde timun dayak,me beli je timun ni...timun ni pun sedap gak,agak berair..air timun ni yang sedap buat kuah..tak payah tambah air masak pun takpe...murah kan..me beli kat CS Brothers...2 biji rm0.90...sejak dapt rumah tak jauh dari CS ni memang jarang sesangat pergi kat giant@tesco@jusco kalau nak beli barang rumah..lagi murah dari harga kat pasar borong bagi me..hihihihi...sempat promote CS sekejap...

Sesiapa yang berminat boleh la try buat timun parut ni... :)

##sharingiscaring

KEBUN KECILKU : BILA BARANGAN "RECYCLE" MENJADI PENYERI RUMAH

Me lebih suka manfaatkan apa yang ada daripada menambah apa yang tiada....selagi boleh digunakan,me akan guna sebaik mungkin.

Merupakan satu sepuasan bagi diri sendiri bila melihat hasil tangan diri sendiri...walaupun ianya bukan sesuatu yang mahal,tapi boleh menjadi berharga buat me sendiri...

Kali ni me nak kongsikan satu lagi tip yang mampu menjimatkan $$$ denganmemanfaatkan barangan terpakai.

Tiap kali sabun pencuci pinggan habis,me lebih suka simpan bekas tu..mana tau kot esok-esok boleh digunakan bila ada keperluan.Lagipun penutup bekas pencuci tu boleh dijadikan alas tapak..jadi sesuai sangat-sangat dijadikan pot tanaman... :)

##sharingiscaring

RESEPI NASI GORENG USA

Jauhnya oder nasi goreng untuk breakfast pagi tadi...sebab tu baru sekarang ni ada kesempatan update kat blog...hehehe...baru balik dari usa,dah nama nasi goreng usa...

Bahan A :
-bawang merah
-bawang putih
-sedikit belacan
**tumbuk lumat**

Bahan B :
-3sb  sos cili
-1sb  sos tiram
-1sb  kicap pekat manis
-1sk  perisa ayam knorr

Bahan C :
-1biji bawang besar *potong kecil
-sedikit lobak merah *potong dadu
-sedikit isi ayam
-sedikit sawi
2-3 mangkuk nasi sejuk

Cara membuat :
1.tumis bahan A
2.masukkan bahan B dan tumis sampai pecah minyak
3.masukkan bahan C
4.terakhir masukkan nasi sejuk dan gaul rata
**bagi yang kurang makan manis,tak letak garam pun xpe..tapi kalau nak letak juga,letak 1sk je dah cukup**

Kalau me,mesti hidangkan nasi goreng ni bersama telor separuh masak dan sambal belacan... :)

##sharingiscaring