Kasihan tanaman semakin bersesak,ruang semakin sempit..mula la hati tak tenteram nak cari alternatif lain...bermula la operasi menjenguk stor kot-kot datang idea macam mana nak kemaskan balik susun atur kebun kecilku.last-last mata terpandangkan papan..
Me lebih mengutamakan sesuatu yang menarik tetapi tanpa perlu berbelanja sakan...melihat hasil daya usaha sendiri merupakan sesuata kepuasan bagi me sendiri..kalau di ikutkan kat kedai pun boleh dapat rak bunga.Tapi me lebih suka buat atas inisiatif sendiri,pun dapat menjimatkan perbelanjaan.
Me nampak je kaum hawa,tapi kalau bab-bab bertukang ni memang suka sesangat.Papan-papan ni sebenarnya en somi dah lama simpan..mana la tau kemudian hari ada kegunaan...en somi pun fahan sangat tangan me tak reti nak duduk diam...
Sementara ada kesempatan petang semalam,me meluangkan masa bersembang dengan tanamam me...pujuk pokok hidup elok-elok dengan buat rak baru.. :) pokok ni kena pujuk baru nak hidup subur..
Hari ni me nak kongsikan hasil pertukangan seorang housewife pula..sebenarnya dunia seorang housewife terlalu luas untuk dikembangkan,insyaAllah dengan sokongan kuam-kaum suami..
Semoga perkongsia ini dapat menjadi sumber inspirasi buat kaum2 housewife semua..
yang pot putih ni me recycle botol coke.gunting pastu spray color putih. tapi color lain pun boleh. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan