Bercakap tentang pucuk midin,tanya la warga Sarawak...Mesti warga Sarawak tahu keistimewaanya. Boleh dikatakan menu pucuk midin merupakan menu eksklusif bagi warga Sarawak...
Kebanyakkan restoran seafood di Sarawak menjadikan menu pucuk midin sebagai menu istimewa. Pucuk midin boleh dihidangkan dengan dengan pelbagai cara. Diantaranya 'pansuh',ulam rebus,goreng bawang putih dan menu kegemaran me pucuk midin goreng belacan...

Teringat lagi tahun lepas,masa tu tengah sarat peggy anak ke-3..tunggu hari je.Teringin sangat nak makan ulam rebus pucuk midin..tapi tak boleh nak balik Sarawak dah.Melilau la en somi mencari.Rezeki ibu mengandung,kebetulan kat taman permainan anak-anak di Pulau Meranti,Cyberjaya ada pucuk midin..en somi juga yang jadi mangsa pergi petik..orang yang lalu sekitar tu pun hairan.Siap bertanya "apa tu?boleh makan ke?tak beracun?....hihihihi..en somi explain la...last-last dengan diaorang pun petik sekali,nak try masak..sempat gak me jadi guru memasak bagitau cara nak masak pucuk midin :)
Info dan khasiat pucuk midin :

Pengambilan sayur pucuk midin dijamin selamat dan mempunyai khasiat seperti zat besi,vitamin A(beta karotene) yang mampu menguatkan penglihatan dan pencegahan rabun malam.
Selain itu midin kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium.
Perubatan tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit cirit birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.
Selain itu midin kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium.
Perubatan tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit cirit birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.
##happysharing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan