~~AGAR-AGAR OREO ~~
Bahan :
1pek(25gm) agar-agar serbuk
1tin susu cair
1cwn milo
1/2cwn gula (ikut sukatan masing-masing)
1500ml air
1bungkus biskut oreo
Step 1 :
Masak air sampai mendidih kemudian masukkan agar-agar serbuk,susu cair dan gula..me letak gula 1/2 cawan je sebab kurang gemar manis.
Step 2 :
Bahagikan agar-agar yang telah dimasak tadi ke dalam 3 bekas berasingan sama rata
2 bekas untuk bancuhan milo
1 bekas biar plain susu (masukkan sebungkus biskut oreo yang telah dipecah 4)
Step 3 :
-Mulakan melapis dengan bancuhan milo terlebih dahulu...sejukkan seketika.
-Kemudian di lapis dengan plain susu+biskut oreo..sejukkan seketika.
-Dan yang terakhir lapiskan dengan 1 bekas lagi bancuhan milo.sejukkan seketika sebelum dimasukkan le dalam peti sejuk.
**selesai,tnggu sjuk then boleh la untuk dihidangkan**
Tiada ulasan:
Catat Ulasan