Jumaat, 1 Mei 2015

MENU TURUN TEMURUN WARGA REMUN,SARAWAK "KERAUS ENTIMUN"

Membesar sebagai anak iban Sarawak,menu ni merupakan favourite dari kecil lagi....

Terutama musim menuai padi..kebiasaan mak me akan menanam timun dayak ni di huma padi bukit...jadi menjadi kegemaran memcari buah timun ni sambil menuai padi...rasa-rasanya semenjak dah berumahtangga ni,dekat nak 10tahun dah kot tak ikut "berduruk"menuai padi..."berduruk" ni kira bergotong-royong menuai padi..rindu sesangat suasana "berduruk"...yang paling seronok bila "berduruk" ni adalah makan tengahari beramai-ramai...ditambah lagi makan tepi huma.kebiasaan me request kat emak buat timun parut ni...walaupun makan ulam-ulaman atau rebus je,tapi nikmatnya memang sampai sekarang ni teringat-ingat...nak balik kampung bila musim menuai anak-anak sekolah pula.Kebiasaan musim menuai awal tahun,bulan januari sampai bulan febuari je..

En somi dulu tak reti makan ulam dan sayur-sayuran..1st time en somi ikut menuai padi,mak me masak "pansuh" pucuk paku buat ulam....asalnya en somi nak try je,tak sangka en somi makan bertambah walaupun makan dengan ulam 'pansuh' pucuk paku dengan ikan bilis tumbuk je...asal balik kampung kat sarawak, mesti en somi request 'pansuh'pucuk paku kat emak..kalau dulu en somi 'bersilat' bila jumpa sayur,sekarang ni dia yang kurang selera makan bila takde sayur-sayuran.

Ingat lagi pertama kali buat  ni kat emak mentua kat perak,emak mentua jadi hairan..sebab kebiasaan abah(bapa mentua) masak timun ni buat gulai tempoyak ikan patin je...en somi orang perak.pusat dalam agaknya tu yang bertemu jodoh dengan orang jauh..Alhamdulillah,sejak hari tu,mak mentua pun terikut buat timun parut ni..

Memandangkan kat sini takde timun dayak,me beli je timun ni...timun ni pun sedap gak,agak berair..air timun ni yang sedap buat kuah..tak payah tambah air masak pun takpe...murah kan..me beli kat CS Brothers...2 biji rm0.90...sejak dapt rumah tak jauh dari CS ni memang jarang sesangat pergi kat giant@tesco@jusco kalau nak beli barang rumah..lagi murah dari harga kat pasar borong bagi me..hihihihi...sempat promote CS sekejap...

Sesiapa yang berminat boleh la try buat timun parut ni... :)

##sharingiscaring

2 ulasan:

  1. Lamaknya sik molah benda tok.esok molah.timun ada tok.salam kenalan dari kamek

    BalasPadam
  2. Salam perkenalan dengan kitak juak sis.. :)

    BalasPadam