Khamis, 14 Mei 2015

RESEPI PUTU PIRING

Putu Piring, Makanan asli Masyarakat Melayu. Tidak ramai yang tahu atau faham bagaimana mahu menghasilkan kuih tradisi ini. Sukalah me untuk berkongsi resepi dan cara menghasilkan KUIH PUTU PIRING INI... Selamat mencuba... Sharing is caring bak kata orang....

Bahan-bahan (untuk sekitar 15 keping)

2 cawan tepung beras
3/4 sudu garam
150ml air panas
1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih shj dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam)
1/2 cawan gula melaka,diparut
5-6 helai daun pandan
kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
Daun pisang digunting 2inci persegi

Cara-membuatnya:


Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit. Ayak dan biarkan sejuk. Campurkan garam dgn air panas dan daun pandan.Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. Renjis2kan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. seeloknya air panas Panaskan pengukus.Griskan acuan putu dgn sedikit minyak.Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya. Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.Biarkan putu dalam kain muslin selama kira2 seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat. Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yg telah digaul dgn sedikit garam. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.Sedia untuk dihidang dan disantap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan